
BERSIHKAN JIWA & HARTA DENGAN
BERSEDEKAH
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Artinya: Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (QS. At Taubah: 103).
PELUANG ANDA UNTUK BERINFAK BAGI FASA AKHIR!
Masjid Bandar Perdana Tinggal 10% Sahaja Lagi
Alhamdulillah Masjid Bandar Perdana kini berada di fasa terakhir pembinaannya. Hanya berbaki 10% untuk pembinaan bangunan tambahan untuk aktiviti pendidikan.
Gambar bangunan Masjid Bandar Perdana yang hampir siap dan boleh digunakan tidak lama lagi.
Masjid Bandar Perdana akan membina satu bangunan tambahan iaitu kompleks lengkap dengan prasarana untuk tujuan pendidikan masyarakat sekitar termasuk kelas fardhu ain (KAFA).
Ilustrasi gambar bangunan tambahan Masjid Bandar Perdana yang masih kekurangan dana untuk menyiapkannya.
Ini bukan hanya usaha jawatankuasa Masjid Bandar Perdana yang mahu membentuk semula masyarakat tetapi anda yang bertungkus lumus bersama menyiapkan Rumah Allah ini.
Keadaan Terkini Masjid Bandar Perdana Pada Hari Raya Aidiladha 1443H
Perjuangan membina kompleks pendidikan dalam kawasan masjid ini juga adalah satu langkah berpandangan jauh dalam menyelamatkan akidah umat Islam yang semakin di bawa arus kemodenan.
Ayuh bersama membantu menyiapkan 10% fasa akhir pembinaan Masjid Bandar Perdana ini yang meliputi :
- Bangunan KAFA
- Dewan serbaguna
- Pusat pengajian
Semoga dengan infak, sumbangan dan sedekah anda ini dapat mempercepatkan pembinaan Masjid Bandar Perdana dengan segera.
Rasulullah pernah bersabda :
"Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah."