PEMBANGUNAN MASJID KARIAH BANDAR PERDANA HAMPIR SIAP!



"Tapi anda masih ada peluang untuk turut serta"



Masjid Kariah Bandar Perdana yang terletak di Sungai Petani boleh dimanfaatkan tidak lama lagi.


Projek dan kerja-kerja pembinaan  Masjid Kariah Bandar Perdana  ini bakal siap dalam tempoh terdekat.


Walaupun pembinaannya melalui satu jangka masa yang agak panjang, namun selepas bertahun-tahun penduduk Bandar Perdana, orang ramai serta dermawan memberi sumbangan untuk menjayakan misi pembinaan Masjid Kariah Bandar Perdana ini, akhirnya ia bakal dinikmati manfaatnya oleh orang ramai tidak lama lagi.



Pengurusan dana sumbangan dengan baik mampu menjadikan impian setiap penduduk Bandar Perdana dan penyumbang realiti tidak lama lagi.


Masjid Kariah Bandar Perdana yang dibina atas sebidang tanah seluas tujuh ekar itu, masih memerlukan sumbangan secara sedekah dan infak daripada orang ramai sehingga proses pembinaan masjid siap.


Masjid yang baru siap dibina pastinya memerlukan pelbagai kemudahan fasiliti lain dan kos-kos untuk mencantikkan dan menyelesakan jemaah serta orang ramai yang menggunakannya.


Jangan bimbang, teruslah bersedekah dan berinfak ia akan dikembalikan dengan melalui pelbagai cara lain yang pastinya bermanfaat kepada umat Islam.


Perancangan perhebatkan kepenggunaan masjid


Ilustrasi kompleks pendidikan di kawasan Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani


Melangkah ke hadapan, Masjid Kariah Bandar Perdana dilihat boleh diperhebatkan kepenggunaannya kepada orang ramai dengan mewujudkan konsep masjid dan pendidikan.


Konsep masjid dan pendidikan ini telah pun dipraktikkan secara berkesan pada era pertama peradaban Islam lagi. Ketika itu anak-anak datang ke masjid bukan sahaja untuk menunaikan solat berjemaah tetapi mendapat pendidikan berteraskan Islam.


Banyak ulama-ulama terdahulu dilahirkan di masjid. Contohnya Imam Al-Shafiee banyak melahirkan ulama-ulama dengan konsep memberi pendidikan di masjid melalui majlis-majlis ilmunya di situ.


Justeru, masjid memainkan peranan penting dalam pendidikan sejak dahulu sehingga kini. Malah merupakan tempat terbaik untuk kegiatan pendidikan masyarakat.


Sehubungan itu, Masjid Kariah Bandar Perdana juga sedang merancang dan berhasrat untuk mengoptimumkan penggunaan ruangan dan kawasan masjid ini seiring dengan pembangunan-pembangunan dalam pendidikan berteraskan agama Islam.


Contohnya kompleks pendidikan di Masjid Kariah Bandar Perdana yang akan membuka peluang kepada masyarakat sekitar dan orang ramai mendapat ilmu-ilmu berkaitan Islam di sini. 



Ilustrasi bangunan dewan serbaguna yang bakal dibina bagi melengkapi kompleks pengajian di kawasan Masjid Bandar Perdana.


Teruslah menyumbang jika mahu melihat hasilnya, hasil untuk dimanfaat umat Islam dan generasi akan datang.


Malah, teruslah berinfak dan bersedekah jika anda masih mencari cara menjadi yang terbaik dan mencari bekalan di alam barzakh dan akhirat nanti.


Semua pahala dari amalan sedekah jariah ini akan menjadi milik anda, niatlah kerana Allah. Terang, dingin dan luaslah kubur anda kelak. Insha-ALLAH.


Rasulullah pernah bersabda :

 "Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga perkara: iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya." (HR Muslim).


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Infaq Masjid Bandar Perdana 1 - RM 1000.00
Infaq Masjid Bandar Perdana 2 - RM 500.00
Infaq Masjid Bandar Perdana 3 - RM 200
Infaq Masjid Bandar Perdana 4 -RM 100
Infaq Masjid Bandar Perdana 5 - RM 50
Infaq Masjid Bandar Perdana 6 - RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel imasjidalfa2021@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaMASJID KARIAH BANDAR PERDANA
No. Akaun02114010004736
Buka Bank Islam IB